Wednesday, January 5, 2011

PERJUMPAAN KALI 1/2011

TO ALL CLUB MEMBERS..SELAMAT DATANG KE SEKOLAH...

Nampaknya tahun 2011 tentu akan lebih meriah lagi memandangkan pengurusan baru ko-kurikulum dibawah Cik Rokiah telah merancang pelbagai program yg nampaknya lebih tersusun berbanding tahun-tahun lepas.

Antara program yang perlu di siap siaga oleh ahli kelab yang diterajui oleh saudara Farhan ialah penganjuran SAR (Sukan Antara Rumah) yang diperawalkan sebenarnya pada bulan Februari nanti.Selain itu pertandingan blog antara kelab juga suatu pembaharuan yang dibawa.

Tetapi yang pastinya semua jentera kelab perlu lebih gigih untuk acara kemuncak iaitu LHSBP yang dijangka diadakan pada bulan Mei nanti. Kita berharap cadangan untuk memasukkan F5 dalam pertandingan ini dipersetujui. Walaubagaimanapun jika tidak dapat, kita(F5) perlu terima qadar ini dan masih perlu menyumbang keringat dengan melatih junior dibawah semangat kesukanan or sport spirit.

Walaupun ahli baru 2011 ada yang tiada langsung pengalaman bermain hoki, walaubagaimanapun diharap semua dapat berusaha kerana masih ada 3-4 bulan untuk memahirkan diri.

Semoga semua berjaya. Amin

Cikgu Aiza

No comments:

Post a Comment