PERATURAN PERTANDINGAN
KATEGORI LELAKI DAN
PEREMPUAN
1.0 AM
1.1
Selain
daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan
mengikut undang-undang Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
1.2
Kejadian
di luar dugaan, iaitu sebarang kejadian, termasuk perselisihan teknikal dan
hal-hal yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan berasaskan
kepada Undang-undang Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), dan jika tiada
peruntukan di dalam Undang-undang tersebut, maka Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan akan membuat keputusan.
1.3
Sebarang
keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah
muktamat
2.0 TARIKH
DAN TEMPAT PERTANDINGAN
2.1 Diputuskan
oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah
Kecemerlangan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (BPSBPSK).
3.0 PENYERTAAN
3.1 Penyertaan di peringkat kebangsaan adalah
sekolah-sekolah berasrama penuh
yang
menjadi johan dan naib johan diperingkat zon masing-masing, iaitu zon utara,
tengah, selatan dan timur. Manakala
zon SQL akan disertai oleh satu pasukan. Maktab Tentera Di Raja, sebagai
pasukan jemputan , tidak layak menyertai jika menjadi johan atau naib johan di
peringkat zon yang disertainya.
3.2 Pasukan
tuan rumah, yakni sekolah yang mengelola kejohanan ini adalah
layak secara automatik. Johan peringkat
kebangsaan pada kejohanan tahun
sebelumnya, juga layak secara automatik.
3.3 Setiap sekolah berasrama penuh wajib menyertai kejohanan di peringkat
zon.
Surat tunjuk sebab perlu dikemukakan ke pihak Bahagian
jika gagal menyertai
kejohanan.
3.4 Setiap sekolah
hanya boleh mendaftarkan satu pasukan untuk kategori lelaki
dan satu pasukan kategori perempuan yang terdiri
daripada berikut :-
Jawatan
|
Bilangan
|
Pengurus Pasukan
|
1 orang
|
Jurulatih
|
1 orang
|
Jurupulih (Fisio)
|
1 orang
|
Peserta / Pelajar
|
15 orang
|
JUMLAH
|
18 orang
|
4.0 KELAYAKAN PESERTA
4.1 Hanya
pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah berasrama penuh sahaja yang layak
menyertai kejohanan ini.
4.2 Hanya
pelajar-pelajar yang berumur 18 tahun
dan ke bawah sahaja yang layak
didaftarkan.
Hanya dua orang pelajar Tingkatan 6 dibenarkan untuk didaftarkan
dalam
pasukan. Hanya seorang sahaja yang dibenarkan berada di dalam padang
pada satu-satu
perlawanan.
4.3 Setiap
pasukan hendaklah mengemukakan satu salinan kad pengenalan setiap
peserta yang disahkan oleh Pengetua bersama dengan borang
pendaftaran
individu (M01) dan borang pendaftaran pasukan (M02) semasa mesyuarat atau
taklimat
pengurus-pengurus pasukan.
4.4 Hanya
peserta yang didaftarkan dalam borang M01
dan M02 sahaja yang layak
menyertai kejohanan ini.
5.0 MESYUARAT
/ TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
5.1 Mesyuarat
/ taklimat pengurus pasukan akan diadakan satu hari sebelum
perlawanan
pertama dijalankan.
5.2 Pengurus-pengurus
pasukan hendaklah mematuhi Perkara 4.3
semasa mesyuarat / taklimat ini.
5.3 Senarai
peserta yang disahkan semasa mesyuarat /
taklimat pengurus pasukan
adalah
muktamad.
6.0 JADUAL
PERTANDINGAN
6.1 Jadual
petandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan
dan hendaklah disahkan oleh Pengarah
Kejohanan atau Pengerusi Teknik
permainan hoki Sekolah
Berasrama Penuh.
7.0 SISTEM
PERTANDINGAN
Di peringkat kebangsaan, penyertaan merupakan Johan dan Naib Johan
setiap zon dari
utara,
tengah, selatan dan timur, serta satu penyertaan dari zon SQL, ini membawa
kepada sembilan pasukan. Ditambah
dengan pasukan tuan rumah, maka bilangan
maksimun pasukan yang akan bertanding
ialah sebanyak sepuluh pasukan. Sistem
pertandingan yang ditetapkan ialah
seperti berikut
7.1 Cara Liga Tiga Kumpulan
7.1.1 Pusingan Pertama (Awal)
7.1.1.1 Pasukan-pasukan yang mengambil
bahagian akan dibahagikan
kepada tiga kumpulan, iaitu A, B dan C bagi
Kategori Lelaki dan
kumpulan D, E dan F bagi Kategori
Perermpuan. Kumpulan-
kumpulan A, B (Kategori Lelaki), dan D, E (Kategori
Perempuan)
masing-masing
akan mengandungi tiga pasukan, manakala
Kumpulan
C (Lelaki) dan F (Perempuan) masing-masing akan
mengandungi
empat pasukan.
7.1.1.2 Empat pasukan teratas kejohanan
lalu akan menjadi pasukan
diutamakan
(seeded teams). Johan akan mengetuai Kumpulan A
dan
Naib Johan mengetuai Kumpulan B. Tempat Ketiga dan
Keempat
akan mengetuai Kumpulan C. Pasukan-pasukan lain akan
ditempatkan
dengan cabutan undi terbuka untuk menentukan
kumpulan
masing-masing tanpa mengambil kira kedudukan dalam
kejohanan lalu serta zon yang disertainya.
7.1.1.3 Sekiranya salah
satu daripada seeded teams tidak mengambil
bahagian, pasukan seeded seterusnya akan
mengambil tempat
pasukan seeded yang tidak mengambil bahagian
tersebut
(dinaikkan/dianjakkan tempat). Sebagai
contoh, jika Johan
kejohanan lalu tidak mengambil bahagian, maka
Naib Johan akan
mengetuai Kumpulan A, Tempat Ketiga
mengetuai Kumpulan B
dan Tempat Keempat mengetuai Kumpulan C.
Begitu juga dengan
Kategori Perempuan bagi Kumpulan D, E dan F.
7.1.1.4 Pasukan
tuan rumah diberi keistimewaan untuk memilih
kumpulan kiranya ia bukan pasukan seeded.
Penetapan dibuat
selepas undian peringkat pertama.
Sebagaimana gambarajah
Kumpulan A
|
Kumpulan B
|
Kumpulan C
|
Johan
|
Nain Johan
|
Ke 3
|
|
|
Ke 4
|
*
|
||
|
|
|
*Pemilihan
penetapan tuan rumah ke kumpulan
Begitu juga dengan Kategori Perempuan
bagi Kumpulan D, E dan F
7.1.2 Pusingan Kedua (Liga Dua Kumpulan)
7.1.2.1 Selepas
tamat Pusingan Pertama (Awal), Johan dan Naib Johan
setiap kumpulan akan
ditempatkan dalam kumpulan X dan Y bagi
Kategori
Lelaki, dan kumpulan M dan N bagi Kategori Perempuan
dengan
mengadakan undian.
7.1.2.2 Undian
akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama
(awal).
7.1.2.3 Daripada
tiga Johan, satu akan ditempatkan di Kumpulan X, dan
dua ditempatkan di Kumpulan Y. Begitu juga dengan
Kategori
Perempuan
bagi Kunpulan M dan N.
7.1.2.4 Naib Johan setiap kumpulan akan
ditempatkan di kumpulan lain
dari Johan kumpulannya.
7.1.2.5 Pasukan-pasukan Johan akan diundi
terlebih dahulu untuk
menentukan
kedudukan X1, Y1 dan Y2 bagi Kategori Lelaki, serta
M1,
N1 dan N2 (Kategori Perempuan. Y3 (Lelaki) dan N3
(Perempuan)
akan terisi secara automatik selepas itu.
7.1.2.6 Dua
pasukan Naib Johan dari Kumpulan X (Lelaki) dan M
(Perempuan) akan diundi untuk menentukan
kedudukan X2 dan
X3, serta M2 dan M3.
7.1.3 Perlawanan Separuh Akhir
7.1.3.1 Selepas tamat Pusingan Kedua (Liga
Dua Kumpulan), dua pasukan
teratas
setiap kumpulan akan bermain dalam perlawanan separuh
akhir.
7.1.3.2 Johan Kumpulan X akan melawan Naib
Johan Kumpulan Y
(Separuh
Akhir Pertama), dan Johan Kumpulan Y akan melawan
Naib
Johan Kumpulan X (Separuh Akhir Kedua), bagi Kategori
Lelaki.
Bagi Kategori Perempuan, Johan Kumpulan M akan
melawan
Naib Johan Kumpulan N (Separuh Akhir Pertama), dan
Johan
Kumpulan N akan melawan Naib Johan Kumpulan M
(Separuh
Akhir Kedua).
7.1.3.3 Pertandingan
akan dijalankan secara kalah mati.
7.1.3.4 Jika
kedudukan seri selepas perlawanan tamat maka tambahan
masa
akan dijalankan seperti berikut : lima minit setiap separuh
masa,
dengan 1 minit masa pertukaran padang (5:1:5).
7..1.3.5 Golden
Goal Rule diguna pakai dalam pertandingan ini di mana
masa
tambahan akan diberhentikan sekiranya
satu pasukan telah
menjaringkan
gol dan pasukan itu dikira sebagai pemenang.
7..1.3.6 Sekiranya keputusan masih seri selepas tempoh masa tambahan,
perlawanan
pukulan penalti (penalty stroke) akan diadakan (lihat
Peraturan 11.0) bagi mendapatkan
pemenang perlawanan
tersebut.
7.1.4 Perlawanan Akhir
7.1.4.1 Pemenang-pemenang perlawanan separuh
akhir akan bermain
dalam
perlawanan akhir untuk menentukan Johan dan Naib Johan
Kejohanan.
7.1.4.2 Pasukan-pasukan
yang kalah dalam perlawanan separuh akhir,
akan
bermain untuk menentukan kedudukan tempat ketiga dan
keempat.
7.1.4.3 Jika
kedudukan seri selepas perlawanan tamat, Peraturan
7.1.3.4, 7.1.3.5 dan 7.1.3.6 akan diguna pakai.
7.2 Sistem
Pertandingan di Peringkat Zon adalah bergantung kepada jumlah penyertaan. Jika jumlah
penyertaan adalah sebanyak 9 hingga 11, maka Cara Liga Tiga Kumpulan seperti
Peraturan 7.1 hendaklah diguna pakai. Jika 11 pasukan mengambil bahagian, maka
3 pasukan akan berada dalam Kumpulan A, 4 pasukan dalam Kumpulan B dan 4
pasukan lagi dalam Kumpulan C. Begitu juga kedudukannya bagi Kategori
Perempuan......................................................................
.....................................................................................................................................................
7.5 Cara Liga Satu Kumpulan (Round Robin)
(Kurang
daripada 6 penyertaan/Zon SQL)
7.5.1 Pusingan Awal
7.5.1.1 Kesemua pasukan akan berada dalam
satu kumpulan dan empat
pasukan
teratas dalam kejohanan lalu akan mengisi kedudukan
pertama
hingga keempat dalam kumpulan untuk tujuan
menyusun
jadual perlawanan. Setiap pasukan akan bertemu
antara
satu sama lain mengikut jadual perlawanan yang disusun
untuk
menentukan kedudukan pasukan dalam liga selepas tamat
Pusingan
Awal.
7.5.2 Perlawanan
Akhir
7.5.2.1 Pasukan di kedudukan pertama dalam
liga akan bertemu pasukan
di
kedudukan kedua untuk menentukan Johan dan Naib Johan.
Manakala
pasukan dikedudukan ketiga akan bertemu pasukan di
kedudukan
keempat untuk menentukan Tempat Ketiga dan
Keempat.
7.5.2.2 Sekiranya
kedua-dua perlawanan dalam perkara 7.5.2.1
berkedudukan
seri selepas perlawanan tamat, maka Peraturan
7.1.3.4, 7.1.3.5 dan 7.1.3.6 akan diguna pakai.
8.0 UNDIAN KUMPULAN
8.1 Undian untuk kejohanan peringkat zon akan dilakukan semasa
mesyuarat
penyelarasan
kejohanan atau mana-mana cara yang sesuai.
8.2 Undian untuk kejohanan peringkat kebangsaan akan ditentukan
caranya oleh
BPSBPSK.
9.0 MASA PERMAINAN
9.1 Masa permainan bagi semua
perlawanan dalam Kejohanan Hoki Sekolah
Berasrama
Penuh adalah ditetapkan selama 20 minit
bagi setiap separuh masa
dengan 5 minit rehat
(20:5:20).
9.2 Setiap pasukan mestilah menepati masa seperti
yang ditetapkan di dalam Jadual
Perlawanan. (Rujuk Peraturan 15.0)
9.4 Pihak Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
berhak mengubah masa dan
jadual pertandingan selepas dimaklumkan kepada
pengurus pasukan yang berkenaan.
10.0 CARA-CARA
MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
10.1 Bagi
perlawanan dalam kumpulan yang dijalankan secara liga, mata akan diberi
seperti
berikut :-
MENANG
|
SERI
|
KALAH
|
3 MATA
|
1 MATA
|
0 MATA
|
10.2 Kedudukan
pasukan akan ditentukan berdasarkan jumlah mata yang dikumpul
oleh setiap kumpulan.
10.3 Jika
di akhir pertandingan dalam kumpulan/liga, lebih daripada satu pasukan
mempunyai mata yang sama, maka kedudukan pasukan akan
ditentukan
berpandukan
kepada perbezaan gol, iaitu, bilangan gol yang dijaringkan ditolak
gol yang kena jaring.
10.4 Jika
kedudukan masih sama, pasukan yang telah menjaringkan gol terbanyak
akan dikira menang.
10.5 Jika
kedudukan masih sama, pasukan yang telah mengalahkan lawannya di
peringkat kumpulan
akan dikira menang.
10.6 Jika
kedudukan masih sama, pemenang akan ditentukan menerusi pertandingan
pukulan penalti (penalty
stroke).
11.0 SISTEM
PUKULAN PENALTI (PENALTY STROKE)
11.1 Pengadil-pengadil
akan menentukan pintu gol di mana penalty stroke dijalankan.
11.2 Pengadil
akan membuat undian. Pasukan yang menang akan membuat pilihan
sama
ada mengambil penalty stroke atau bertahan dahulu.
11.3 Lima pemain daripada kedua-dua pasukan
akan mengambil penalty stroke
berselang
seli terhadap penjaga gol pasukan lawan.
11.4 Jika
jaringan penalty stroke itu masih sama, permainan akan ditamatkan dengan
cara
serta merta (sudden death), iaitu
setiap pasukan akan mengambil penalty
stroke berselang-seli dan
tamat apabila satu pasukan berjaya menjaringkan gol
dan pasukan yang satu lagi
gagal.
11.5 Pemain-pemain
yang telah didaftarkan boleh mengambil bahagian dalam
pertandingan penalty stroke kecuali
pemain-pemain yang telah dikeluarkan oleh
pengadil (players on permanent suspension).
11.6 Pengurus setiap
pasukan akan menentukan susunan pemain yang akan
mengambil penalty stroke.
11.7 Penjaga gol
boleh ditukar sebelum pertandingan penalty stroke bemula, dan
tidak boleh ditukar selepas itu
kecuali penjaga gol cedera.
12.0 PENANGGUHAN
PERLAWANAN
12.1 Pengadil
hanya boleh menangguhkan perlawanan atas sebab cuaca (hujan
lebat/ribut/petir/padang
bertakung), dan mesti mendapat kelulusan daripada
Pengarah Kejohanan
atau Pengerusi Teknik atau Pegawai
Teknikal yang
bertugas.
12.2 Sekiranya perlawanan terpaksa ditangguhkan sebelum tamat separuh masa
pertama, baki tempoh perlawanan akan
disambung dengan kedudukan kekal
sebelum perlawanan ditangguhkan,
selepas keadaan mengizinkan serta
mendapat kelulusan
Pengarah Kejohanan atau Pengerusi Teknik atau Pegawai
Teknikal yang bertugas. Tempoh menunggu untuk keadaan
mengizinkan ialah
selama
15 minit.
12.3 Jika
selepas tamat tempoh menunggu dan perlawanan tidak dapat diteruskan,
maka perlawanan itu
dikira tamat dan kedudukan sebelum perlawanan
ditangguhkan diambil
kira.
12.4 Keputusan
untuk tidak meneruskan perlawanan hanya boleh dibuat oleh
Pengarah Kejohanan atau
Pengerusi Teknik atau Pegawai Teknikal yang bertugas.
13.0 PEMAIN
GANTIAN
13.1 Peraturan
rolling substitution diguna pakai dalam kejohanan.
13.2 Penggantian
pemain boleh dilakukan dengan kebenaran Pegawai Teknikal yang
bertugas untuk perlawanan
tersebut. Pemain gantian hanya boleh masuk ke
padang selepas pemain
yang digantikan itu keluar dari padang permainan. Jika
pemain gantian masuk
sebelumnya, pemain gantian itu akan diberi kad
kuning
(mandotori).
13.3 Pemain-pemain
gantian mesti masuk atau keluar padang di kawasan garisan
tengah berhadapan dengan
meja Pegawai Teknikal, kecuali penggantian penjaga
gol.
13.4 Tatacara
penggantian penjaga gol akan dikendalikan oleh Pegawai Teknikal yang
bertugas semasa perlawanan tersebut.
13.5 Permainan/masa
tidak akan diberhentikan untuk gantian pemain kecuali
menggantikan pemain yang
cedera serius dan penjaga gol. Ini bergantung
kepada budi bicara
pengadil.
13.6 Pemain
yang cedera tidak dibenarkan diberi rawatan dalam padang perlawanan.
14.0 PAKAIAN
DAN PERALATAN PEMAIN
14.1 Setiap
pasukan mesti menyenaraikan seorang penjaga gol dalam kesebelasan
utama dan mesti digantikan
dengan seorang penjaga gol yang lain jika penjaga
gol yang pertama itu dikeluarkan
atas sebarang sebab.
14.2 Penjaga gol
diwajibkan memakai face mask/helmet serta kelengkapan lain.
14.3 Bagi
semua pemain, sekiranya menggunakan kayu yang melengkung (curved
stick), ianya mestilah
menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh Persekutuan
Hoki Antarabangsa (FIH),
yakni lengkungnya tidak melebihi 25mm.
14.4 Setiap
pemain padang (outfield players) wajib memakai shinpad dan ianya mesti
mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
14.5 Pakaian
pasukan adalah merupakan jersi yang sama warna, seluar yang sama
warna
serta stoking yang sama warna. Pemain-pemain lelaki tidak dibenarkan
sama
sekali memakai seluar panjang (track bottom) semasa perlawanan. Namun
begitu,
‘thighs’ dibenarkan untuk dipakai, dan warnanya mestilah sama untuk
semua
pemain dalam pasukan itu.
14.6 Bagi
pasukan perempuan yang memakai skirt atau seluar panjang (track bottom),
warnanya
mestilah sama untuk semua pemain dalam pasukan itu.
14.7 Sepanjang
perlawanan, semua pemain diwajibkan memasukkan jersi ke dalam
seluar. Bagi pemain
perempuan yang memakai skirt, juga wajib memasukkan
jersi ke dalam skirt. Pemain-pemain
yang tidak mematuhi peraturan ini boleh
dikenakan kad kuning oleh
pengadil jika telah diberi amaran awal. Jika pemain
memakai jersi tambahan,
ia hendaklah warna yang sama.
14.8 Setiap
pasukan dikehendaki membawa dua set jersi yang berlainan warna dan
setiap jersi hendaklah
bernombor. Pemain-pemain mesti menggunakan nombor
yang sama sepanjang
kejohanan.
14.9 Sekiranya
kedua-dua pasukan yang bertanding itu memakai jersi yang sama
warna, pasukan yang
disebut dahulu dalam jadual perlawanan mesti menukar
jersinya. Para pengurus pasukan diminta menentukan
jersi lawannya lebih
awal
bagi mengelakkan jersi yang sama warna.
14.10 Bagi
kes di mana pertukaran jersi tidak dapat dilakukan, pasukan yang harus
menukar jersi itu mesti
memakai jersi atau bip yang disediakan pihak penganjur.
15.0 MENARIK
DIRI
15.1 Menarik
diri daripada kejohanan adalah sama
sekali tidak dibenarkan.
15.2 Setiap
pasukan mesti melaporkan diri di padang perlawanan 10 minit sebelum
perlawanan dijadual bermula atau apabila
dipanggil berbuat demikian oleh
urusetia.
15.3 Jika
pasukan yang berkenaan tidak melaporkan diri 5 minit selepas perlawanan
yang dijadualkan itu
tanpa memberi sebab yang munasabah, maka pasukan itu
dianggap menarik diri.
15.4 Pasukan
yang tidak mematuhi Peraturan 15.2
dan 15.3 akan dikira terbatal dan
semua keputusan terdahulu
tidak diambil kira. Pasukan yang terbabit juga akan
dikenakan tindakan
tatatertib oleh BPSBPSK.
16.0 PEGAWAI
PERTANDINGAN
16.1 Sekolah
pengelola, setelah berunding dengan Pengerusi Teknik dan BPSBPSK,
adalah bertanggungjawab
untuk melantik pegawai-pegawai kejohanan yang
akan bertugas.
16.2 Pengadil-pengadil
hendaklah mereka yang bertauliah dan
mempunyai Sijil
Pengadilan.
17.0 BANTAHAN
& TATATERTIB/JURI RAYUAN
17.1 Hanya
Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan, dan ianya
hendaklah secara bertulis
dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM300
tunai.
17.2 Wang
pertaruhan itu akan lupus jika didapati bantahan yang dikemukakan itu
tidak wajar atau tidak
berasas.
17.3 Bantahan
hendaklah dibuat secara bertulis berserta dengan wang pertaruhan dalam masa 10 minit selepas perlawanan.
18.0 JAWATANKUASA
BANTAHAN & TATATERTIB/JURI RAYUAN
18.1 Jawatankuasa
Bantahan/Tatatertib adalah terdiri daripada
18.1.1 Pengarah Kejohanan
18.1.2 Pengerusi Teknik
18.1.3 Ketua Pengadil
18.1.4 Dua Pengurus Pasukan yang berkecuali, jika perlu.
18.2 Ketiga-tiga
pengadil dan Pegawai Teknikal yang bertugas semasa perlawanan
tersebut akan hadir
sebagai saksi, sekiranya perlu.
18.3 Jawatankuasa
juga berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-
mana
pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat
sesuatu keputusan.
18.4 Jawatankuasa
akan bersidang dalam masa 2 jam setelah mendapat laporan
daripada pegawai teknikal
atau pengadil dan membuat keputusan jika tindakan
perlu diambil.
19.0 TATATERTIB
Pemain dan pegawai pasukan boleh
diambil tindakan tatatertib seperti berikut:-
19.1 Pemain
19.1.1 Dikenakan
mata demerit berikut:-
KAD HIJAU = 2 MATA
KAD KUNING = 4 MATA
KAD MERAH = 8 MATA
19.1.2 Apabila
pemain sudah mencapai tahap demerit yang tertentu,
tindakan-tindakan tatatertib berikut akan dikenakan:-
08 MATA = PENGGANTUNGAN 1
PERLAWANAN
12 MATA = PENGGANTUNGAN 2
PERLAWANAN
16 MATA = PENGGANTUNGAN 3
PERLAWANAN
20 MATA = PENGGANTUNGAN
BAKI PERTANDINGAN
*Nota:-
Jika seseorang pemain telah
mengumpul 08 mata demerit
menerima
satu kad kuning dalam satu perlawanan lain, pemain
itu
akan digantung untuk satu perlawanan. Walaupun jadual di
atas
menentukan penggantungan 2 perlawanan untuk 12 mata
demerit,
pemain itu digantung 1 perlawanan sahaja kerana
pemain
itu sudah menjalani penggantungan 1 perlawanan setelah
mengumpul 08 mata demerit. Mata
demerit seseorang pemain
akan
kekal sepanjang pertandingan walaupun seseorang pemain
telah
pun menjalani penggantungan perlawanan dan akan dibawa
ke
perlawanan yang berikutnya.
19.2 Pegawai
Pegawai-pegawai pasukan (Pengurus
Pasukan, Jurulatih, Jurupulih serta juga
Ketua Kontijen) yang mempersoalkan keputusan pengadil,
Pegawai Teknikal dan
mana-mana pegawai
kejohanan akan diberi amaran keras.
20.0 HADIAH
Hadiah-hadiah akan diberikan seperti
berikut
Kategori
|
Bilangan Hadiah/Pingat
|
Jumlah
|
|||
Johan
|
Naib Johan
|
Tempat Ke 3
|
Tempat Ke 4
|
||
Lelaki
|
18
|
18
|
18
|
18
|
72
|
Perempuan
|
18
|
18
|
18
|
18
|
72
|
Jumlah
|
36
|
36
|
36
|
36
|
144
|
Disediakan
oleh :
MOHD
AZLAN BIN ABDUL AZIZ
Pengerusi
Teknik Permainan Hoki
Sekolah
Berasrama Penuh.
No comments:
Post a Comment