Friday, January 28, 2011

MESYUARAT AJK KELAB HOKI KALI 2/2010

Masa : 10.05 - 10.30 am
Tempat: Makmal Fizik

Cikgu Aiza selaku Guru Penasihat Kelab Hoki sedang menyampaikan taklimat
Satu mesyuarat AJK telah diadakan sewaktu masa rehat pelajar menengah atas, dan dihadiri oleh beberapa orang AJK tertinggi. Mesyuarat kali ini lebih kepada membincangkan tentang program tahunan yang perlu dianjur oleh Kelab Hoki iaitu SUKAN ANTARA RUMAH (SAR) HOKI, yang dulu dikenali sebagai INTERHOUSE HOCKEY, yang akan bermula sebaik sahaja buka sekolah selepas CUTI HARI RAYA CINA nanti iaitu sepanjang 7 hingga 20 Februari 2011

Alhamdulillah, mesyuarat berjalan lancar dan AJK-AJK telah diberi taklimat tentang apa yang perlu dibuat. Diharap semua ahli-ahli kelab hoki dapat membantu dan menjayakan program SAR-HOKI ini.

Terima kasih atas kehadiran AJK.

No comments:

Post a Comment