Wednesday, August 4, 2010

PERJUMPAAN TERAKHIR KELAB HOKI 2010: PEMBUBARAN AJK

Masa: 4.30 hingga 5.30 ptg
Tempat: Gelanggang Hoki

Petang ini merupakan perjumpaan terakhir bagi Kelab Hoki SMSL bagi tahun 2010 mengikut takwim unit ko-kurikulum. Guru penasihat yang hadir adalah En Aizasharizam, En Azizan dan Cik Suhaidaa. perjumpaan kali ini adalah dengan agenda mesyuarat pembubaran AJK.

Mesyuarat berjalan lancar dipengerusikan oleh Sdri Ain Zuliana dimana agenda mesyuarat adalah seperti  laporan aktiviti  dikemukakan oleh setiausaha Sdri Nurasyiqin dan laporan kewangan oleh Sdri Asheera. Lain-lain yang dibincangkan ialah post mortem oleh pemain-pemain kelab dan berkongsi pengalaman bermain di LHSBP baru-baru ini. Hasil mesyuarat juga telah sebulat suara bersetuju untuk mengakhiri aktiviti kelab tahun ini dengan jamuan yang akan difikirkan nanti. AJK diumumkan bubar oleh ketua guru penasihat En Aiza, dan lantikan AJK baru hanya akan dibuat pada awal tahun hadapan.

Semoga berjumpa lagi dalam perjumpaan KELAB HOKI tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment